Pada 22 Ogos 1985, sekolah ini telah dirasmikan dengan nama Sekolah Menengah Meru, Klang, Selangor. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Tuan Haji Bujang Bin Ulis, yang merupakan Timbalan Menteri Pelajaran pada ketika itu.
Masyarakat setempat bersyukur dan berbangga kerana akhirnya wujud sebuah sekolah menengah yang baharu di kawasan Meru ini. Penduduk setempat berharap agar institusi ilmu ini mampu meneruskan kesinambungan kecemerlangan akademik anak-anak tempatan.
Impian penduduk tempatan untuk menikmati kemudahan pendidikan di kawasan ini telah direalisasikan melalui Rancangan Malaysia Ke-4. Sekolah Menengah Meru dibina dalam Rancangan Malaysia ke-3 pada tahun 1979 di kawasaan seluas 18 ekar. Sekolah Menengah Meru memulakan sessi persekolahan pada tahun 1982.